2 Sep 2023, Sat
5pm – 6pm
Living Room, The Arts House
Untuk sesi Cita Bichara kali ini, Farihan Bahron akan membincangkan perkembangan penulisan seni kata dikir barat di Singapura sejak 1990-an sehingga mutakhir ini. Beliau juga akan merungkai unsur kesusasteraan yang tersulam antara larik-larik kata serta membicarakan tentang teknik dan pendekatan yang disesuaikan oleh para penulis melalui seni persembahan ini. Sesi ini turut menampilkan Shamsuri Ayub (Tok Juara) dan Said Yaacob (Tukang Karut) daripada kumpulan Prahara Swara.
Join Farihan Bahron as he discusses the development of dikir barat lyrics in Singapore since 1990. He will also unravel the literary elements embroidered between the lyrics and discuss the techniques and approaches adapted by the writers through this performance art. This session will also feature Shamsuri Ayub (Tok Juara) and Said Yaacob (Tukang Karut) from the dikir barat group, Prahara Swara.
Cita Bichara is a series of Malay literary and educational forums that aims to nurture and provide space for creative and discursive expressions amongst writers, cultural practitioners and students. Embodying the ideal of conversing or engaging, Cita Bichara provides audiences an opportunity to learn more about the Malay literary and artistic heritage in Singapore and around the region.
Featuring
Farihan Bahron menerima Anugerah Harapan daripada Majlis Bahasa Melayu Singapura pada 2017. Karya-karyanya pernah memenangi beberapa sayembara penulisan kreatif termasuk Peraduan Asah Bakat 1998, Anugerah Pena Emas 2015 dan Sayembara Puisi Kata-Pilar 2020. Kumpulan sajaknya yang pertama, Tukang Tunjuk Telunjuk, memenangi Singapore Literature Prize 2018 dan Anugerah Persuratan 2020/21, manakala kumpulan cerpennya, Kepala Kotak, memenangi Singapore Literature Prize 2022 bagi kategori fiksyen Melayu. Farihan juga aktif bergiat sebagai penulis dalam ranah dikir barat Singapura sejak 1996 dan pernah meraih anugerah 'Seni kata Terbaik' sebanyak 17 kali.